you need to pay for this crypt you need to pay for this crypt you need to pay for this crypt

Evolusikan Minda Anda Sekarang ...

 

 

 

Anda Dilahirkan Untuk Menjadi Kaya, Tetapi Dimanakah Kekayaan Itu?

 

Kini Saya Akan Menunjukkan Kepada Anda Bagaimanakah Cara Untuk Menikmati Kejayaan, Kekayaan, Kemewahan, Kegembiraan Serta Kebahagiaan Dalam Seumur Hidup Anda!

 

 

Dapatkan Video PERCUMA!

Kenali Minda Anda

Jangan LepaskanPeluang!!

(Produk digital; gambar adalah illutrasi sahaja)

 

Sila masukkan nama dan emel anda, seterusnya klik butang daftar untuk mendapatkan video yang bernilai RM31 secara PERCUMA!. Video sepanjang 28 minit ini dapat memberi ransangan dan input yang luar biasa kepada minda anda. Diharapkan anda dapat sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat darinya. InsyaAllah.

 



Perhatian: Anda akan menerima email pengaktifan sebagai langkah mencegah SPAM. Sila gunakan email utama dan kerap dibuka agar anda tidak terlepas sebarang info penting serta bonus ekslusif yang akan kami hantar secara berkala dan tertutup. Maklumat peribadi anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi dengan sesiapa.

 

Daripada: Puan Hajjah Arina Abbas

Tarikh: 

RE: Bagaimana Ingin Mengecapi Kekayaan Dalam Kehidupan?

 

Sahabat sekalian,

 

Pernahkah anda mengimpikan sebuah kejayaan yang sangat gemilang untuk diri anda, kerjaya anda dan hidup anda yang mampu mengubah keseluruhan hidup anda menjadi lebih baik?

 

Pernahkah anda mengimpikan sebuah kehidupan yang diselubungi kegembiraan, sentiasa rasa senang hati, mempunyai kesihatan yang baik serta mengamalkan cara hidup yang terbaik?

 

Pernahkah anda mengimpikan sebuah rumah yang besar, kereta yang besar, serta tidak perlu berfikir mengenai wang lagi kerana anda sudah mencapai tahap kebebasan kewangan?

 

Seminar Evolusi Minda saya akan mengajar anda langkah demi langkah bagaimana untuk menggunakan minda anda untuk mencapai apa sahaja yang anda inginkan seperti kejayaan, kekayaan, kemewahan, kegembiraan, kebahagiaan dan banyak lagi.

 

Paling penting seminar ini disertakan dengan jaminan pulangan wang. Jadi, anda boleh mencubanya tanpa sebarang risiko!

 

 

 

"Kebanyakkan Orang Menghadkan Kejayaan Dengan Hanya Menggunakan 10% Kuasa Minda!"

 

Para saintis seluruh dunia telah mengatakan bahawa kebanyakkan manusia di dunia ini hanya menggunakan 10% daripada kuasa minda mereka manakala 90% kuasa minda mereka terpendam dan tidak digunakan sama-sekali. Tahukah anda bahawa setiap minda manusia yang di anugerahkan Tuhan ini sangat hebat?

 

Para doktor juga percaya bahawa 75% kesakitan dan wabak penyakit adalah bermula daripada minda. 75% adalah jumlah yang sangat besar! Ini bermakna 75% manusia yang sakit sekarang sebenarnya akibat tidak tahu bagaimana untuk menggunakan kuasa minda mereka. Bayangkan hanya 10% daripada kuasa minda manusia sudah cukup hebat untuk menyebabkan 75% kesakitan dan wabak penyakit tersebut wujud.

 

Apa yang paling mengejutkan ialah setiap daripada kita belajar selama 12 hingga 15 tahun di sekolah dan Universiti tetapi kita tidak sedikitpun didedahkan dengan pelajaran bagaimana untuk menggunakan minda kita sendiri walaupun sejam. Ingatlah bahawa fikiran ataupun minda anda merupakan komputer yang tercanggih dan terhebat di dalam dunia ini.

 

Whatever The Mind Of A Man Can Conceive And Believe, He Can Achieve. -Napoleon Hill

 

Adakah anda sedar bahawa orang-orang yang berjaya di dunia ini bukanlah 2 kali ganda bijak daripada anda dan adakah mereka belajar 2 kali ganda daripada masa anda belajar? Sedar atau tidak sedar, mereka yang hebat sememangnya belajar bagaimana untuk menggunakan kuasa minda mereka.

 

Seminar saya akan menjadikan anda seorang yang berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi tanpa perlu bekerja keras! Anda hanya perlu pekerja seperti biasa secara tenang dan biar minda anda yang bekerja lebih!

 

Cuba bayangkan apa yang akan berlaku jika anda gunakan 10% kuasa minda untuk mencapai apa yang anda inginkan? Dan bagaiman pula jika saya dedahkan kepada anda bagaimana untuk menggunakan 90% daripada kuasa minda yang tidak digunakan untuk mencapai kejayaan?

 

Apabila anda belajar bagaimana untuk menggunakan 90% daripada kuasa minda yang tidak digunakan, anda boleh capai apa sahaja yang anda impikan dengan senang. Anda akan berada di satu jalan yang lurus dan bercahaya. Anda sedang membina hidup yang sangat indah..

 

Memperkenalkan...

"SEMINAR EVOLUSI MINDA"

 

SERTAI SEMINAR EVOLUSI

MINDA SEKARANG!

AMARAN: Sekarang mungkin beribu orang sedang membaca web ini. Lebih baik anda bertindak sekarang!

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada evolusiminda@gmail.com atau hubungi

En. Yusmi : 0133778004

 

RM799 RM550 Sahaja!

 

 

(Klik untuk lihat peta dengan lebih besar)

 

AMARAN: Seminar ini adalah terhad! Jangan lepaskan peluang ini!!

 

 

AKAN DATANG

 

DISEMBER 2009.

 

ANDA BOLEH

 

PRA-DAFTAR

 

BERSAMA KAMI

 

 

Tempat Adalah Terhad! Saya Memberi Jaminan Peribadi Bahawa Ini Adalah Seminar Yang Amat Berbaloi! Jaminan 100% Puas Hati Diberikan Oleh Saya!

 

"Apa Kata Peserta Seminar Saya..."

 

 

"Selalunya Bila Saya Melihat Orang-Orang Kaya, Saya Akan Tanya Diri Sendiri Apa Kerja Dia?"

 

Selalunya bila saya melihat orang-orang kaya, saya akan tanya diri sendiri apa kerja dia? Bagaimana cara yang dia lakukan untuk menjadi kaya? Adakalanya ia menjadi masalah dalam diri saya kerana persoalan itu sering membelenggu saya sehinggalah saya menemui kursus yang merungkai segala rahsia tersebut. Kursus ini sememangnya mampu mengubah hidup saya hanya dalam sehari sahaja saya mempraktikkannya.

 

Selepas pulang dari kursus Pn. Arina, saya tidak membuang masa dan terus bertindak bagi mendapat apa yang saya inginkan. Ternyata ia sangat berkesan setelah saya menggunakan teknik yang diajar sebaik mungkin. Ia mengagumkan saya. Mujurlah saya menemui teknik ia ketika usia muda. Saya sarankan agar semua orang tidak kira tua muda sama-sama mengikuti kursus ini demi masa depan. Saya sudah merasainya kehebatannya…

 

Setelah mengaplikasi teknik yang diajar dalam seminar Evolusi Minda, saya berjaya membuat jualan 30 set untuk satu produk kecantikan yang keseluruhannya bernilai RM72 000 dalam masa 1 minggu!

 

Dulu semua ini ibarat perkara yang mustahil bagi diri saya tetapi ia berubah sekelip mata dengan bantuan Puan Arina.

 

Terima kasih Evolusi Minda!

 

Najwa, Kuala Lumpur. 
Best Student,
Jabatan Penulisan, ASWARA
Aswara

 

"Gila, Semua Patut Tahu Benda Ni!!!"

 

Apa pendapat anda tentang kursus ini?


Perlu dihebohkan pada semua orang supaya dapat menikmatinya.

 

Apa perasaan anda selepas kursus ini?


Dapat fokus dalam apa yang kita mahu dalam hidup.

 

Apakah faedah yang anda dapat dari kursus ini dan bagaimana ia dapat membantu dalam menjalani kehidupan seharian anda?

 

Dapat kenal pasti cara bagaimana hendak memulakan hidup yang baru dan mengetahui apa yang kita mahukan dalam hidup kita mampu mendapatnya. menjalani hidup dengan lebih bahagia dan yakin boleh.

 

Dulu saya pernah teman rakan serta teman wanita membuat pasport untuk terbang keluar negara dan dalam hati saya berkata satu hari nanti aku mesti terbang juga keluar dari Malaysia. Secara tiba-tiba perasaan yakin sekaligus hadir yang saya akan pergi atas sebab teater saya.


Sekarang saya mendapat keputusan yang saya akan dihantar oleh universiti ke Korea untuk mengarah sebuah teater disana. Pada waktu itu saya tak tahu menggunakan the secret ini, cuba bayangkan bila saya dah tahu benda ni.Apa yang akan terjadi kat saya lagi lima tahun? Terima kasih Tuhan yang membenarkan ilmu ini sampai kepada saya...Syukur!!!

Pada pendapat anda siapa lagi patut hadir kursus ini?


Gila!!! semua patut tahu benda ni. Ini milik Allah tak perlu dirahsiakan daripada sesiapa sebab ia hak semua orang!

 

Khairunazwan Rodzy, Kuala Lumpur
Pengarah Teater "Gema Merdeka
"

 

"Belum Sempat Saya Senyum, Orang Akan Senyum Pada Saya Dulu!"

 

Salam,

 

Saya mengikuti kursus ini atas ajakan suami saya. Setelah megikutinya, saya sangat teruja dengan apa yang saya pelajari. Apa yang saya tau ialah kursus ini telah banyak membawa perubahan dalam kehidupan saya, terutama sekali pada diri saya. Saya bukan lagi saya yang dulu (I have become a new me)

 

Salah satu perkara yang kita pelajari dalam kursus ini ialah melahirkan persaan gembira (feel good), saya tak tau macam mana nak adakan perasaan sebegitu di dalam hati, memang sukar pada mulanya, saya terpaksa berlakon untuk merasakannya, ke mana saya pergi dan bila berselisih dengan orang (orang yang saya tak kenal) saya akan senyum padanya, saya akan sentiasa adakan mood gembira walaupun saya berjalan sendirian (saya akan senyum sendiri). Mengikut apa yang saya belajar, apa yang saya buat (fikir dan bayangkan dan apa yang saya mahu) akan menarik lebih banyak lagi perkara-perkara tersebut, saya lakukan setiap hari sehinggakan sampai satu ketika belum sempat saya senyum, orang akan senyum pada saya dulu, saya telah menarik senyuman kedalam hidup saya. Pada masa ini saya rasakan satu kepuasan dalam hidup, saya rasakan hidup saya sangat bermakna, macam rasa nak laungkan kuat-kuat pada dunia. Sekarang saya tak perlu berlakon lagi, perasaan ini hadir sendiri jauh dalam hati.

 

Perasaan "feel good" ini perlu ada dan penting untuk kita nak teruskan dengan apa-apa yang nak kita capai dalam kehidupan.

 

Saya rasa kursus sebegini patut di ajar pada anak- anak sekolah, mereka masih muda, perjalanan masih jauh, ilmu yang dipelajari boleh digunakan dalam kehidupan seharian, untuk menjadi anak bangsa yang berkualiti dimasa depan.

 


Wan Muziah Wan Mohammad, Shah Alam
Suri Rumah

 

"Apa Yang Anda Akan Belajar Daripada Seminar Evolusi Minda Ini?"

Bukan sekadar duduk, dengar dan tertidur tetapi lebih kepada aktiviti!

 

Anda akan belajar segala-galanya yang diperlukan supaya anda menjadi lebih berjaya dan hebat di dalam kehidupan seharian. Berikut apa yang anda akan belajar selama 8 jam di seminar Evolusi Minda:

 

SLOT1 - PERNAFASAN

 

 

Di dalam slot pernafasan ini saya akan mengajar anda bagaimana untuk membuat pernafasan dengan cara yang betul. Teknik-teknik pernafasan yang akan di ajar adalah teknik yang digunakan oleh ramai orang-orang yang berjaya di dalam dunia ini seperti Bob Proctor, David Schirmer, Walt Disney dan ramai lagi. Teknik pernafasan ini di ajar supaya anda berada dalam keadaan yang tenang dan dapat menghubungkan fikiran sedar anda dengan minda separa sedar.

 

Paling tidak anda akan mengetahui beberapa perkara berikut:

 

  • Bagaimana cara bernafas yang betul?
  • Mengapa perlu teknik pernafasan yang betul?
  • Apakah Meditasi dan dan bagaimana untuk Fokus serta kelebihannya?

 

dan banyak lagi!

 

Teknik ini merupakan teknik yang paling penting di dalam pelajaran bagaimana ingin berjaya dengan menggunakan minda.

 

SLOT 2 - KUASA MINDA

 

 

Di dalam slot kedua ini saya akan menerangkan kepada anda bahagian-bahagian minda yang selama ini anda tidak tahu. Di sini juga saya akan menguraikan 90% lagi kuasa minda yang ramai orang tidak menggunakannya termasuk anda. Selain itu, saya juga akan mengajar anda bagaimana untuk anda menggunakan minda di saluran yang betul dan bukannya menggunakan kuasa anugerah Tuhan ini kepada benda yang sia-sia sahaja.

 

Paling tidak pada slot ini anda akan mengetahui beberapa perkara berikut:

 

  • Apakah Minda Sedar dan tugasannya?
  • Apakah Minda Separa Sedar dan tugasannya?
  • Apakah itu gelombang minda, jenis-jenisnya dan kegunaannya?
  • Gelombang manakah yang kita perlu untuk selari dengan diri kita?
  • Apakah rahsia untuk mendapat gelombang minda yang betul?

 

dan banyak lagi!

 

Pada slot ini anda akan ketahui betapa ruginya anda selama ini tidak menggunakan minda dengan betul dan sering menyalurkan minda anda kepada perkara yang salah. Hint: Ramai orang pada hari ini fokuskan minda mereka kepada masalah daripada fokuskan kepada penyelesaian. Hasilnya, lebih banyak masalah yang akan datang.

 

SLOT 3 - WARNA

 

 

Warna memainkan peranan yang sangat penting di dalam hidup kita. Warna yang diciptakan Tuhan ini juga mempunyai rahsia-rahsianya yang tersendiri. Lihat betapa indahnya warna pelangi.  Mengapa agaknya pelangi itu memiliki 7 warna?  Lukisan Alam ciptaan Allah juga sangat indah, setiap bunga-bungaan memiliki warna yang berbeza, setiap permata memiliki warna yang berbeza.  Perbezaan warna-warna ini mempunyai rahsia yang tersendiri. 


Manusia juga dijadikan mempunyai warna peribadi yang tersendiri.  Apakah warna peribadi anda?  Bagaimana warna tersebut mempengaruhi kehidupan seharian anda?  Apakah hubungkaitnya warna dengan kejayaan anda?  Wah! Hebatnya rahsia disebalik warna ini.


Oleh yang demikian marilah kita mempelajari rahsia disebalik warna yang tercipta.  Sekurang-kurangnya ia dapat membantu kita menjalani kehidupan seharian kita dengan lebih yakin dan ceria.

 

Apa yang anda akan belajar daripada slot ini ialah:

 

  • Apakah warna peribadi anda?
  • Apakah maksud bagi setiap warna?
  • Apakah warna yang sesuai digunakan oleh anda?
  • Bagaimana warna boleh mempengaruhi kehidupan anda?

 

dan banyak lagi!

 

Setiap daripada kita sebenarnya mempunyai warna-warna yang sesuai untuk digunakan dan ada yang tidak sesuai untuk digunakan. Jika anda menggunakan warna yang kena dengan diri anda maka anda akan kelihatan hebat di mata orang lain. Apabila anda hebat, minda anda akan percaya bahawa anda orang yang hebat dan lebih banyak kehebatan akan ditarik kepada anda. Hidup ini ibarat magnet!

 

SLOT 4 - NUMEROLOGY

 

 

Slot ini sangat menarik dan hebat. Tidak hairanlah jika orang lain akan menganjurkan seminar berkaitan numerolgy sahaja dan anda akan dikenakan bayaran yang sangat tinggi. Namun, pada seminar Evolusi Minda ini saya akan dedahkannya secara PERCUMA kepada anda. Setiap orang yang dilahirkan sebenarnya sudah mempunyai bar kod yang tidak boleh diubah iaitu tarikh lahir anda. Dengan menggunakan tarikh lahir, banyak kajian yang terbukti 85-95% berkesan akan didedahkan kepada anda.

 

Apa yang anda akan dapat tahu ialah:

 

  • Apakah elemen tarikh lahir anda?
  • Apakah pekerjaan yang sesuai mengikut tarikh lahir anda?
  • Bagaimana anda ingin menggunakan rahsia tarikh lahir ini untuk kehidupan anda?
  • Anda juga akan lebih mengenali diri anda sedalam-dalamnya!
  • Bagaimana kaedah pengiraan tarikh lahir ini?

 

dan banyak lagi!

 

Mungkin ramai yang telah mendengar tentang kehebatan nombor ini, tetapi percayalah di seminar saya anda akan dapat lebih banyak dan faham lebih dalam tentang mengapa nombor terlibat secara langsung dengan kita. Dalam setiap ugama dan budaya masing-masing percaya pada kehebatan nombor. Mengapa ini terjadi? Ini adalah kerana nombor sangat penting dan hubungkaitnya terlalu hampir dengan kejadian manusia. Marilah kita selongkar rahsia nombor ini.

 

Saya telah menggunakan teknik ini kepada ramai pelajar saya dan Alhamdulillah semuanya berkesan. Mereka semua dapat memperbaiki taraf kehidupan mereka untuk menjadi lebih baik. Kini tiba giliran anda pula untuk memperbaiki taraf kehidupan anda daripada yang biasa kepada luar biasa!

 

"Sedikit "Gambaran" Seminar Evolusi Minda Yang Lalu.."

 


Create a Free Slideshow

 

"Evolusi Minda Benar-Benar Membuka Minda Dan Mantap"

 

Assalamualaikum,


Saya Idris Mohamad, adalah salah seorang peserta Kursus Evolusi Minda anjuran Puan Arina Abbas. Setelah mengikuti kursus dan mempraktikkan petua-petua yang disampaikan oleh Puan Arina, suatu keajaiban telah berlaku ke atas perniagaan sambilan yang saya jalankan. Syukur Alhamdulillah, sedikit perbelanjaan yang saya peruntukkan untuk menjalani kursus ini memang teruja hasilnya.

 

Kata pepatah, kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Saya mula mengenal potensi diri sendiri untuk memajukan apa jua perniagaan mahupun mempertingkatkan kecemerlangan diri. Banyak kursus selain Evolusi Minda yang saya ikuti sebelum ini tetapi hanya tinggal kenangan saja.

 

Evolusi Minda benar-benar membuka minda dan mantap. Bayangkan, dengan hanya 200 karton soya (1 karton = 24 botol) jualan saya setiap bulan melonjak 1000 karton sebulan. Kenapa? Tak percaya? Jom sertai kursus ini, anda mampu mengubahnya!

 


Idris Mohamad
016-2936523
rbk4786@gmail.com
Usahawan

 

"Jelas dan Nyata on WHY, WHICH, WHEN, WHERE, WHAT & HOW"

 

Pada pendapat saya, kursus ini sangat baik dan mencapai tujuannya... iaitu MENCEMERLANGKAN PERIBADI SAYA... Cara penyampaian Puan Arina Abbas sebagai penceramah pada hari itu sangat baik, jelas dan mudah difahami.. Setiap masa yang diperuntukkan - digunakan sepenuhnya..

 

Penggunaan projektor dan alat bantu mengajar juga sangat baik. Tempat yang disediakan begitu selesa. Tidak kurang juga makanannye... Tapi kebenarannya semuanya serba cukuplah.... Selepas kursus itu, saya merasa saya bahawa saya dapat melihat diri saya dan arah tujuan saya dengan lebih jelas. Selama ini saya hanya TAHU.. tetapi kini saya boleh menggunakan keupayaan saya dengan lebih jelas dan fokus dan DI LANDASAN YANG BETUL... Itu sangat penting bagi saya..

 

Saya merasakan bahawa saya tidak perlu membazirkan masa dan tenaga saya kerana arah tujuan saya menjadi lebih jelas dan nyata on WHY, WHICH, WHEN, WHERE, WHAT & HOW.It's there... Cume selama ini saya tidak tahu dan masih mencari-cari.. So banyak waste time & energy.. Sayangkan... Kehidupan saya kini ternyata lebih fokus... Saya meletakkan energy kepada apa yang inginkan... Bukan pada apa yang tidak inginkan... Senangkan...? Tidak semudah itu... Ilmunya mesti betul.. Mesti ada GURUnya...

 

Oleh itu, seminar ini banyak membantu saya dan saya yakin semua peserta setuju dengan pendapat saya ini... Kepada semua umat manusia.. tak kira lah apa jurusan dan bidang yang anda ceburi.. Tidak kira usia.. Bahkan SESIAPA SAHAJA sememangnya perlu untuk kita mengetahui RAHSIA HUKUM ALAM ini.... It's there all the time.. Cuma kita tak tahu jek dan yang sedihnya ada yang tak nak ambik tahu...

 

JADI AMBILLAH KESEMPATAN INI... Mungkin peluang ini tidak akan datang lagi... But for now... TAKE THE CHANCE... Ambil peluang dan ilmu yang telah ALLAH sediakan untuk kita...SUCCESS IS A JOURNEY NOT A DESTINATION... When there is a will, there is a way...

 

Okey then... I wish all of you good luck and all the best in your life... Semoga kita berjumpa di PUNCAK KEJAYAAN....

 

Wassalamualaikum w.b.t....

 


Rosalinda binti Ahmad,
Petaling Jaya.
Agen Insuran Prudential BSN takaful

 

 

3 Perbezaan Mutlak Seminar Evolusi Minda Berbanding Seminar Kuasa Minda Lain!

 

Di luar sana terdapat banyak personal coaching dan seminar yang berkaitan kuasa minda yang berharga ribuan ringgit. Mungkin telah banyak juga yang anda hadiri. Banyak juga self-help book yang telah anda miliki. Namun entah dimana silapnya, anda masih belum berjaya dengan bantuan tersebut. Saya berani menyatakan di seminar saya ada 3 perbezaan mutlak yang tidak ada di seminar lain.

 

PERBEZAAN MUTLAK #1 - Saya Memberikan Anda Lampu Aladdin...

 

Seminar Evolusi Minda mampu mengubah kehidupan anda secara keseluruhan (total) kerana kami bukan hanya berseminar dengan menyampaikan tips dan cara-cara untuk menjadi kaya, berjaya, bahagia dan cemerlang TETAPI kami memberi anda TEKNIK bagaimana sebenarnya untuk memiliki dan seterusnya mengekalkan kekayaan, kejayaan, kebahagiaan dan kecemerlangan tersebut.  Kami bekalkan anda dengan LAMPU ALADDIN untuk anda keluarkan ‘genie’ nya dan mintalah apa yang anda impikan.  PERCAYALAH!

 

PERBEZAAN MUTLAK #2 - Saya Akan Sertakan Dengan Aktiviti...

 

Seminar Evolusi Minda juga bukan sekadar ceramah dimana anda duduk, dengar dan tertidur tetapi lebih daripada itu! Setiap slot akan disediakan dengan aktiviti-aktivi yang bekaitan dan pastinya sangat menyeronokkan. Anda akan berinteraksi dengan peserta-peserta lain yang juga ingin berjaya dalam kehidupan seperti anda. Ini secara tidak langsung akan membuatkan anda lebih mudah untuk faham apa yang akan di ajar oleh saya.

 

PERBEZAAN MUTLAK #3 - Akan Mendedahkan Pelbagai Rahsia...

 

Ya, seminar Evolusi Minda juga akan mendedahkan banyak rahsia yang orang lain akan kenakan harga hingga ratusan ringgit untuk membongkarkannya. Contohnya seperti rahsia warna, tarikh lahir dan sebagainya. Namun, jika anda menyertai seminar ini, anda akan memperolehi beberapa rahsia secara percuma yang diselitkan mengikut slot! Sungguh menguntungkan!

 

Apa Kata Mereka Yang Telah Terkesan Dengan Perbezaan Seminar Evolusi Minda?

 

Pendapatan Saya Meningkat Dengan Mendadak Dan Pelanggan Saya Meningkat 200 %!!

 

5 bintang saya berikan! Satu evolusi minda yang hebat! Saya ucapkan terima kasih kepada Puan Arina Abbas & Team Evolusi Minda selaku tenaga pengajar. Dari sudut isi dan metadologi sememangnya Seminar Evolusi Minda adalah yang terbaik! Setiap hari saya apply teknik-teknik yang diajar.

 

Ya..Memang ternyata berkesan. Selalu terjadi dalam kehidupan harian saya rezeki datang dengan tidak disangka-sangka. Bila kita sentiasa berfikiran positif ditambah pula dengan teknik-teknik minda yang betul, hasil yang kita dapat memang berlipatkaliganda. Seminar ini memberi satu nafas baru dalam hidup saya.

 

Dalam masa setahun membina perniagaan, saya mempunyai pendapatan puluhan ribu sebulan, memiliki kereta berharga ratusan ribu, memiliki pejabat dan staff sendiri. Semua ini saya capai dalam masa yang singkat dengan mengoptimumkan kuasa minda yang dianugerahkan oleh ALLAH. Tapi ini semua sia-sia jika anda tidak pelajari teknik-teknik dan tidak mengetahui rahsia disebaliknya."

 

Saya sentiasa tidak sabar untuk menunggu hari esok kerana saya yakin dan percaya banyak perkara positif, tuah dan rezeki yang tidak disangka-sangka yang pasti saya dapat. Tuhan itu Maha Adil kepada setiap hambanya. TQ from the bottom of my heart!

 


Hasbul Ariff Bin Hasan Zaki

Director,

Excel Trade Resources

 

"I've Learned The Missing Chapters.."

 

Satu hari saya ber"chatting" dengan Auntie Arina di Yahoo Messanger...

 

Auntie Arina : Apa yang Zhaf nak dalam hidup Zhaf?

 

Saya : Saya nak semua sekali!!!

 

Auntie Arina : Yela, ape dia?

 

Saya : hehe..saya nak duit yang banyak, keluarga yang bahagia, kesihatan yang baik dan semua-semua lah! pendek kata..a perfect life!

 

Auntie Arina : Ok, kalau macam tu, datang seminar auntie.

 

Saya pun datanglah seminar Evolusi Minda sebab nak tahu apa benda yang best sangat seminar ni..

 

And guess what? saya telah belajar tentang bagaimana untuk mendapatkan apa sahaja yang kita nak! lebih dari itu, saya juga sudah sedar mengapa kita sering mendapat apa yang kita tak mahu! Sesuatu yang anda WAJIB tahu jika ingin mengubah hidup anda kepada yang lebih baik.

 

Sebenarnya tidak mustahil untuk mendapatkan perfect life yang diidam-idamkan oleh semua orang. Cuma kita perlu tahu cara yang betul untuk mendapatkannya. engan memahami konsep Law of Attraction, Law of Universe dan lain-lain lagi, anda boleh menarik apa sahaja yang anda mahukan dalam hidup anda. Tiada apa yang mustahil!

 

Setelah mengaplikasi apa yang diajar oleh Auntie Arina dalam seminar Evolusi Minda, saya menjadi lebih positif, fokus dan konfiden.

 

Alhamdulillah, kini kehidupan saya telah bertambah baik dari segenap segi samada kewangan, kesihatan dan juga kebahagiaan.

 

Saya hidup di dalam kehidupan yang saya inginkan. Setiap kali saya bangun bagi, saya rasa sangat gembira dan tidak sabar untuk mengharungi kehidupan saya pada hari tersebut. Setiap kali saya tidur, saya amat puas dengan apa yang saya lalui sepanjang hari tersebut. Saya tidur lena dalam senyuman!

 

Itulah impak Evolusi Minda dalam kehidupan saya...

 

Apa yang saya telah belajar di Seminar Evolusi Minda tidak akan saya dapat dimana-mana sekolah, kolej mahupun universiti. Ia merupakan satu cabang ilmu yang tercicir dalam pendidikan formal.

 

But, I've learned the missing chapters...

 


Mohd Zhafran Bin Mohd Ghani

Usahawan Internet

Pengasas MajalahIM.com

 

Anda berhak untuk menjadi KAYA!  KEKAYAAN dan KEBAHAGIAN ini adalah milik anda. Jangan dipersia-siakan.

 

Cuba anda bayangkan betapa gembiranya orang di sekeliling anda jika anda mampu mengecapi kejayaan demi kejayaan di dalam hidup ini setelah menggunakan kuasa minda yang terpendam di dalam diri anda. Betapa bangganya keluarga anda dengan diri anda yang dulunya biasa-biasa sahaja tetapi sekarang menjadi orang yang hebat!

 

Fikir-fikirkanlah bahawa anda berhak untuk kaya. Kekayaan dan kebahagiaan ini adalah milik anda.

 

Perlukah Saya Hadir Seminar Ini?

 

Pasti soalan ini bermain-main di fikiran anda sekarang. Apa yang boleh saya katakan setiap orang perlu mengetahui rahsia ini untuk terus cemerlang dalam kehidupan di dunia mahupun akhirat. Baiklah saya senaraikan beberapa keadaan di bawah:

 

Jikalau anda seorang suri rumah:

  • Anda akan dapat membina dan mengekalkan keharmonian rumah tangga.
  • Menjalin hubungan yang cemerlang dengan suami, mertua, ipar duai dan tetangga.
  • Membantu kecemerlangan anak-anak.

 

Jikalau anda seorang pekerja atau eksekutif :

  • Anda akan berkemampuan mengawal perkerjaan anda.
  • Segala pekerjaan anda lebih lancar.
  • Anda dapat mempertingkatkan produktiviti dan kredibiliti anda.
  • Anda akan mudah berurusan dengan pengguna, perngeluar, pekerja bawahan dan sesiapa sahaja dari pihak ketiga.
  • Anda mampu menjalinkan hubungan yang baik dengan majikan anda.
  • Anda mampu memperolehi kenaikan gaji dan bonus tahunan yang anda kehendaki. Sudah pastinya anda mampu memperolehi kenaikan pangkat.

 

Jikalau anda seorang pekerja bidang pemasaran:

  • Anda akan selalu mendapat urusan bisnes yang betul dan menguntungkan.
  • Anda tidak akan ditipu. Anda akan selalu berurusan dengan orang yang betul dan segala urusan dengan pihak ketiga menjadi lebih mudah.
  • Anda mudah berkomunikasi serta berurusan dengan pelanggan.
  • Anda mampu menjadi sale person yang disenangi, disukai dan dihormati
  • Anda mampu menjalinkan hubungan yang baik dengan majikan anda.
  • Anda mampu memperolehi kenaikan gaji dan komisen tahunan yang anda kehendaki.
  • Jika semua perkara diatas telah berlaku pada anda, sudah pastinya anda mampu memperolehi kenaikan pangkat

 

Jikalau anda seorang peniaga:

  • Anda akan berupaya membuat keputusan yang lebih tepat dan produktif.
  • Anda akan selalu mendapat urusan bisnes yang betul dan menguntungkan.
  • Anda tidak akan ditipu. Anda akan selalu berurusan dengan orang yang
  • betul dan segala urusan dengan pihak ketiga menjadi lebih mudah.
  • Anda mudah berkomunikasi serta berurusan dengan pelanggan malahan pekerja anda.
  • Anda mampu mengawal bisnes anda secara optimum dan memperkembangkannya
  • Anda mampu menghasilkan idea yang lebih kretif untuk kemajuan bisnes anda
  • Pastinya anda akan mampu memperkayakan bisnes anda.

 
Jika anda seorang pelajar:

  • Anda mampu mempertingkatkan daya ingatan anda.
  • Anda mampu menghasilkan assigment yang berkualiti
  • Anda mampu berkomunikasi dengan guru, pensyarah  dan pelajar lain dengan baik.
  • Anda mampu mencapai kecemerlangan dalam akademik dan ko-kurikulum.

 

Pendek kata, tidak kira siapa anda:

    • Anda perlukannya sebagai alat untuk berjaya
    • Anda perlukannya sebagai alat untuk kaya
    • Anda perlukannya sebagai alat untuk mencapai segala impian/hajat
    • Anda perlukannya sebagai alat untuk mengekalkan keharmonian hidup
    • Anda perlukannya sebagai alat untuk mengekalkan kejayaan/kekayaan
    • Anda perlukannya sebagai alat untuk menambah kejayaan/kekayaan
    • Anda perlukannya sebagai alat untuk menyelesaikan masalah.

 

 

Mungkin Anda Tertanya-tanya Siapakah Saya...

 

 

Nama saya ialah Arina Abbas, merupakan seorang penceramah bebas yang telah melibatkan diri dalam bidang metafizik selama lebih kurang 15 tahun.  Saya sangat meminati bidang motivasi diri dan sains ketuhanan.  Telah mula mengikuti ceramah tokoh-tokoh hebat seperti Bob Proctor sejak di peringkat sekolah menengah lagi.  Kini saya meneruskan kajian tentang quantum physics, tenaga dan sains keTuhanan.  Saya banyak membuat penyelidikan secara tidak formal tentang tenaga dan bagaimana hubungkait tenaga dengan manusia.

 
Pada awal tahun 2000 saya merupakan Panel kepada ahli-ahli paranormal membuat rujukan. Pernah melibatkan diri dalam beberapa kajian berhubung tenaga, antara kajian saya meliputi tenaga kristal, tenaga air (Message from Water) - pernah bekerja dengan Prof. Masaru Emoto - pengasas Message From Water dan Hado Instructor School, juga mengkaji tenaga besi, tenaga kayu, dan tenaga bauan (aromatheraphy).


Saya juga pernah menulis beberapa buah kertas kerja (terbit dan tidak diterbitkan), salah satu daripadanya ialah yang pernah di bentangkan pada seminar ahli-ahli paranormal pada tahun 2001 yang bertajuk Keris, Kuasa dan Kudrat serta Tenaga di Sebaliknya.

 

Saya telah berhadapan dengan pelbagai situasi dan telah menempuh banyak pengalaman sepanjang penglibatan saya dalam bidang-bidang itu.  Melalui pengalaman tersebut maka saya semakin matang dan lebih faham tentang apa yang dipelajari dan dikaji selama ini.  Terus mengkaji kini saya menemui RAHSIA yang selama ini saya cari.  Saya kini mendapat jawapan bagi semua permasalahan dan hukum alam.  Kini tenaga, alam dan manusia bersatu. 


Ilmu inilah yang bakal dikongsi bersama semua insan yang inginkan perubahan dalam hidup.  Kini Kekayaan, Kejayaan, Kesihatan, Kebahagiaan, Kemashyuran, Kecemerlangan bukan lagi mimpi, tetapi adalah IMPIAN yang mampu DIREALISASIKAN. Dengan pengalaman dan ilmu yang diberikan oleh Allah kepada saya, saya yakin dan percaya bahawa EVOLUSI MINDA ini bakal menggegarkan dunia.  Kini dengan keazaman baru untuk berkongsi ilmu yang diperolehi dengan sesiapa sahaja yang ingin memilikinya. Disamping itu membantu sesama insan dalam membentuk kehidupan yang lebih berjaya dan bahagia.  Hari ini saya bangkit dan meneruskan perjuangan dalam MEREALISASIKAN IMPIAN yang selama ini terpendam.

 

Tahniah! Anda Sangat Bertuah: Ramai Orang Mahukan Kejayaan Yang Besar, Namun Hanya Segelintir Yang Bertindak!

 

Pertamanya, biarlah saya mengucapkan tahniah secara personal kepada anda kerana berjaya membaca laman web ini sehingga ke ayat ini dan tahniah juga kerana anda bakal mengecapi kejayaan yang besar.

 

Kenapa saya katakan begitu?

 

Saya kata begitu kerana hanya segelintir yang berminat untuk belajar mengenai kuasa minda dan daripada jutaan orang yang membaca web page ini hanya 5% sahaja dapat memberikan komitmen dan kesabaran untuk membaca sehingga ke akhir ayat ini. Kebanyakkan mereka yang dapat memberikan komitmen dan kesabaranlah yang akan memperolehi kejayaan besar kelak.

 

Beberapa Bonus Hebat Menanti Anda!

 

BONUS #1 - Buku Nota Rujukan

 

 

Peserta akan disertakan dengan sebuah buku modul untuk rujukan dan ulang kaji ilmu yang disampaikan. Manalah tahu mungkin ada yang tidak sempat salin.

 

BONUS #2 - Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan. Laporan Edisi 1.0 (RM21.00)

 

(Produk digital; gambar adalah illutrasi sahaja)

 

Laporan ini ditulis dan disusun oleh Puan Hajjah Arina sendiri, beliau merungkai dilema yang biasanya berlaku dalam jiwa individu. Beliau memberi input awalan dan sekaligus memberikan anjakan paradigma untuk melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan mereka.

 

BONUS #3 - The Science of Getting Rich (RM48.00)

 

(Produk digital; gambar adalah illutrasi sahaja)

 

The Science of Getting Rich

Sebuah buku terbitan tahun 1910 oleh Mr Wallace Wattle, yang menceritakan bagaimana menggunakan the Law of Attraction dalam kehidupan. 

Menurut Mr Wattle,

"The ownership of money and property comes as a result of doing things in a certain way. Those who do things in this certain way, whether on purpose or accidentally, get rich. Those who do not do things in this certain way, no matter how hard they work or how able they are, remain poor.
"It is a natural law that like causes always produce like effects. Therefore, any man or woman who learns to do things in this certain way will infallibly get rich."
Wallace D. Wattles,
The Science of Getting Rich, Chapter 2

 

 

BONUS #4 - The Secret

(RM58.00)

 

(Produk digital; gambar adalah illutrasi sahaja)

 

Buku The Secret ini mengupas apa yang dikatakan teknik purba penggunaan Law of Attraction, dimana ia merupakan tenaga seseorang individu yang berfikir secara positif mengubah dan mempengaruhi apa juga yang datang dalam hidupnya.  Hukum Law of Attraction ini merupakan sebuah hukum tarikan, yang mengakibatkan kehidupan kita hari ini.  Apa yang terjadi pada kita hari ini adalah hasil tarikan yang kita lakukan sebelum ini.

 

Dalam The Secret ia menjelaskan lebih terperinci bagaimana hukum tarikan atau Law of Attraction ini berlaku dalam kehidupan.  Buku ini merupakan kesinambungan atau olahan daripada Buku The Science of Getting Rich.

Buku ini juga dinobatkan sebagai sebuah Buku Era Baru dalam membantu atau sokongan terhadap kefahaman Hukum Tarikan.  Lebih memahami alam kosmik dan bagaimana individu itu mampu mempengaruhi kehendak diri mereka.

 

BONUS #5 - The Ultimate Secrets Of Total Self Confidence by Dr Robert Anthony (RM65.00)

 

(Produk digital; gambar adalah illutrasi sahaja)

 

Salah sebuah buku Dr Robert Anthony yang masih menjadi “Best Seller” di pasaran.  Ia merupakan sebuah buku terbaik bagi mereka yang inginkan langkah demi langkah untuk membina keyakinan diri dan membentuk kehidupan yang dikehendaki.

 

Buku ini telah ditulis semula dan diperkemaskan lagi isinya untuk menambah nilai kepada para pembaca. Ramai yang mengatakan buku The Ultimate Secrets of Total Self-Confidence ini merupakan versi moden buku Napolean  Hill – THINK AND GROW RICH.  Buku ini sepatutnya ada dalam koleksi setiap orang yang ingin memulakan pengembaraan dalam peningkatan diri. – 151 muka

 

BONUS #6 - Natural Stress Healing Music

 

(Produk digital; gambar adalah illutrasi sahaja)

 

Natural Stress Healing, Cd yang memuatkan 4 buah lagu (bunyi-bunyian) ini amat sesuai didengar terutama ketika kita melakukan meditasi.  Ia dicipta khas untuk kegunaan meditasi dan membangkitkan rasa ketenangan dalam diri kita.

 

BONUS #7 - Alpha Brain Wave Music

 

(Produk digital; gambar adalah illutrasi sahaja)

 

Alpha Brain Wave sememangnya dicipta khusus untuk membantu minda mencapai Gelombang Alpha.  Ia merupakah satu jenis senaman khas untuk minda.  Bunyinya seakan-akan dengungan helikopter.  Mendengarnya ketika sedang dalam keadaan rehat akan menjadikan gelombang minda sekata dan ini sekali gus akan membuatkan kita lebih tenang, yakin diri, berfikiran positif dan perubahan demi perubahan akan berlaku pada diri.  Mungkin tanpa kita sedari tetapi mereka yang berada di sekeliling kita pasti akan menyedarinya.


Terapi minda ini hanya memerlukan masa selama 20 minit sahaja untuk kita lakukan.  Amat mudah dan kesannya sungguh mengkagumkan.

 

BONUS #8 - Alunan Muzik Ransangan Minda

 

(Produk digital; gambar adalah illutrasi sahaja)

 

Bila kita berhadapan dengan orang sakit, kita selalu diberitahu: Jangan Bising.  Selalunya bila kita sedang belajar atau sedang cuba untuk menumpukan perhatian pada sesuatu (konsentrasi) kita selalu berkata: "Boleh tolong diam tak, saya tak boleh fokus nie."

 

Pastinya kita selalu berhadapan dengan situasi seperti yang diceritakan di atas.  Konsentrasi adalah elemen yang sangat susah untuk di wujudkan dalam diri kita, namun itulah perkara yang paling penting perlu ada sebagai salah satu tiket kejayaan.

 

Muzik ransangan minda yang kami berikan ini telah membuktikan bahawa ia mampu menghadirkan konsentrasi dalam diri mereka yang komited untuk berjaya.  Hanya dengan meluangkan masa dan tumpukan sepenuh perhatian pada muzik tersebut.

 

BONUS #9 - Khidmat Emel Sokongan

 

 

Kami cukup memahami keperluan peserta. Pastinya ada soalan yang tidak sempat atau tidak terlintas ataupun malu untuk ditanya semasa seminar berlangsung. Oleh yang demikian kami menyediakan khidmat sokongan ini.

 

Selepas menghadiri seminar, peserta diberi keistimewaan untuk bersoal jawab terus kepada Puan Hajjah Arina melalui emel kami.

 

Usah Ragu-Ragu Lagi, Anda Boleh Menghadiri Seminar Ini Tanpa Sebarang Penyesalan!

Ini bukan satu janji kosong kami ataupun ayat-ayat manis yang kami gunakan untuk memancing peserta. Ia juga bukanlah sebuah janji-janji pilihanraya yang ditaburkan untuk menjadi seorang wakil rakyat. Ini kerana:

 

100% Jaminan Pulangan Wang Dikembalikan Jika Anda Tidak Berpuas Hati Sepanjang Seminar Ini Berlangsung!


Pihak Evolusi Minda akan memulangkan 100% wang anda serta-merta sekiranya anda tidak berpuas hati ataupun anda rasakan ilmu seminar ini tidak berguna untuk anda. Itu janji kami!

 

 

"Kini Saya Lebih Fokus Dengan Apa Yang Saya Lakukan"

 

Assalamualaikum,

 

Alhamdulillah dengan ketentuan Allah, diizinkan saya bertemu dengan kak Arina dan suami di dalam Seminar mereka. Banyak saya pelajari tentang konsep Law of Attraction ni dari mereka. Dari situlah bermulanya journey baru saya dan isteri dalam mengaplikasikan teknik yang diajar oleh mereka. Dari teknik pernafasan sehinggalah pemilihan warna yang betul.

 

Hasilnya, kini saya lebih focus dengan apa yang saya lakukan. Bila kita focus pada sesuatu perkara, nescaya outcome dari pekerjaan itu amatlah berkualiti dan membuahkan hasil yang lumayan.

 

Terima kasih sekali lagi kepada mereka berdua yang mengenalkan saya dengan dunia Law of Attraction. :)

 


Salam,
Syed Ikhwan.
http://www.syed-ikhwan.com

 

"Saya Adalah Jutawan Muda!"

 

Saya mula belajar mengenai kuasa minda dengan auntie Arina pada tahun lepas. Rupanya di dalam Islam sendiri telah mengajar kita mengenai kuasa minda ini cuma kita yang tidak menyedarinya. Cara auntie Arina menerangkan kuasa minda dengan mengaitkannya dengan Islam memudahkan lagi saya memahaminya. Benarlah, apa yang dilafazkan oleh kita adalah doa. Oleh itu, kita perlu melafazkan dalam kehidupan seharian kita kata-kata yang positif dan memberangsangkan.

 

Alhamdulillah, nampaknya seminar ini benar-benar berkesan. Dengan izin Allah, saya telah mencapai apa yang saya inginkan dalam masa kurang setahun. Antaranya ialah kondo, kereta, office, staff dan banyak lagi! Sungguh hebat perasaan apabila mempunyai sebuah office dan staff pada usia 18 tahun.

 

Kini target saya seterusnya ialah menjadi jutawan sebelum umur 20 tahun. Oleh itu, saya perlu evolusikan minda saya supaya berfikiran seperti seorang jutawan daripada sekarang kerana apabila minda kita adalah jutawan barulah realitinya akan bertukar menjadi jutawan.

 

Semuanya di ajar oleh auntie Arina di dalam seminar Evolusi Minda ini. Semuanya bermula dengan minda dan anda juga boleh lakukannya!

 

Syukur kepada Tuhan dan terima kasih auntie Arina!

 


Adly Bin Muktar

Usahawan Internet

Director,

FlareBiz Network

 

 

 

Kenapa Tunggu Hari Esok Untuk Berubah?

 

SERTAI SEMINAR EVOLUSI

MINDA SEKARANG!

AMARAN: Sekarang mungkin beribu orang sedang membaca web ini. Lebih baik anda bertindak sekarang!

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada evolusiminda@gmail.com atau hubungi

En. Yusmi : 0133778004

 

RM799 RM550 Sahaja!

 

(Klik untuk lihat peta dengan lebih besar)

 

AMARAN: Seminar ini adalah terhad! Jangan lepaskan peluang ini!!

 

 

AKAN DATANG

 

DISEMBER 2009.

 

ANDA BOLEH

 

PRA-DAFTAR

 

BERSAMA KAMI.

 

 

Tempat Adalah Terhad! Saya Memberi Jaminan Peribadi Bahawa Ini Adalah Seminar Yang Amat Berbaloi! Jaminan 100% Puas Hati Diberikan Oleh Saya!

 

"Kita Berjumpa Di Puncak Kejayaan!"

Puan Hajjah Arina Abbas,
Speaker Seminar Evolusi Minda.

 

PS: Orang yang berjaya ialah orang yang sanggup mengambil peluang memperbaiki diri serta menguasai minda mereka manakala orang yang gagal pula merupakan orang yang sentiasa memberikan alasan untuk membiarkan minda menguasai mereka. Yang mana satukah anda? Daftar sekarang!

 

PPS: Kadangkala kita terlupa bahawa setiap peluang terbaik itu tidak akan datang berulangkali di depan mata kita. Kita juga semakin terlupa bahawa setiap keputusan yang anda ambil pada hari ini boleh menyebabkan penderitaan dikemudian hari jika anda tersilap langkah. Oleh itu, ambillah peluang ini dan daftarkan diri anda sekarang juga agar anda tidak menyesal dikemudian hari nanti!

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada evolusiminda@gmail.com atau hubungi

En. Yusmi : 0133778004

 

EVOLUSI MINDA

No 1, Jalan SS9/8, Sg. Way

47300 Petaling Jaya, Selangor